loading...

KERANA 7 EKOR LEMBU, TERSENYUM NURUL IZZAH DAN SEMUA MENTERI DALAM PARLIMEN

Video penuh di akhir artikel
Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani tidak berminat membawa naratif lama untuk mentadbir negara, sebaliknya melaksanakan langkah-langkah membina untuk mencapai matlamat ditetapkan. Menterinya Datuk Salahuddin Ayub berkata apa-apa yang baik pada waktu sebelum ini akan dijadikan teladan, manakala yang buruk akan dielakkan.
“Kerajaan baru Pakatan Harapan tidak berminat untuk mambawa naratif lama. Biarlah yang lama itu jadi kenangan, yang baik kita jadi teladan, yang tak baik jadi sempadan,” katanya semasa menjawab soalan tambahan daripada Nurul Izzah Anwar (HARAPAN-Pertamang Pauh) di Dewan Rakyat.
Terdahulu Nurul Izzah bertanya mengenai isu memorandum kementerian kepada kabinet untuk menyabung semula projek National Feedlot Corp (NFC) supaya bekalan daging untuk pengguna tempatan mencapai tahap 30 peratus.
“Apakah hasilnya memandangkan NFC memberi imej yang sangat negatif termasuk tindakan (undang-undang) diambil ke atas Rafizi (bekas anggota parimen Pandan)?” kata Nurul Izzah.
Salahuddin menambah Kementerian Pertanian bersetuju langkah-langkah produktif perlu diambil untuk membolehkan bekalan daging tempatan mencapai tahap 30 peratus. “Kalau kita ungkap balik tentang NFC, kita tak akan pergi ke mana-mana, sebaliknya kita mesti melihat ke hadapan dan membangun dengan bertanggungjawab,” katanya.
Elak lembu di kondo
Salahuddin yang juga anggota parlimen Pulai berkata setakat ini ada kira-kira 7,000 lembu sedang diusahakan selain taman kekal keluaran prominen sedang diperkasanan. Kementerian Pertanian juga katanya mengelola program penternakan lembu integrasi yang diusahakan di 72 ladang kelapa sawit dengan luas keseluruhan 1.4 juta hektar.
“Kita boleh menternak hampir 400,000 ekor lembu. Ini ialah pelan jangka sederhana dan panjang yang kerajaan usahakan,” katanya.

Post a Comment

My Instagram

Designed By OddThemes | Distributed By Blogger Templates